FAQ Nama Domain
Apakah Nama Domain?
Satu nama domain, seperti www.coolexample.com, adalah seperti alamat jalan bagi sesebuah rumah atau syarikat. Mari gunakan White House sebagai contoh. Alamat jalannya, 1600 Pennsylvania Avenue, yang mana merupakan lokasi tepat — sama seperti alamat IP. Anda mungkin tidak tahu alamat jalan yang tepat tetapi anda boleh memberitahu pemandu teksi di Washington D.C. untuk pergi ke White House dan anda masih boleh sampai ke sana. Ini merupakan cara bagaimana nama domain digunakan: Ia merupakan satu cara yang mudah untuk sampai ke lokasi sebenar laman web tanpa perlu mengingati alamat angka.
Sebuah nama domain terdiri daripada sekurang-kurangnya satu domain peringkat atas dan satu domain peringkat kedua. Sebuah domain peringkat atas (TLD) adalah bahagian di mana nama domain terletak di sebelah kanan titik ("."). TLD yang paling lazim adalah seperti .com, .net, dan .org
Banyak domain, yang juga dikenali sebagai lanjutan boleh didaftarkan oleh sesiapa, seperti .com, .net, dan .org. Domain peringkat kedua (SLD) adalah bahagian nama domain yang terletak betul-betul di sebelah kiri titik dan lanjutan nama domain. Sebagai contoh, SLD dalam coolexample.com ialah coolexample.
Penerangan Lanjutan Nama Domain: Sebuah nama domain mewakili satu titik fizikal di dalam Internet — satu alamat IP. Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) mengawal-selia koordinasi antara alamat IP dengan nama domain merentasi Internet. Dengan koordinasi yang standard, kita boleh mencari laman web di Internet dengan memasukkan nama domain bagi menggantikan alamat IP ke dalam pelayar web anda.
Apakah Alamat IP?
Alamat IP (Internet Protocol) adalah jujukan nombor unik, seperti 216.27.61.137, yang diberikan kepada setiap komputer, pelayan dan rangkaian di dalam Internet. Sepertimana nombor plat pendaftaran kenderaan digunakan untuk mengenal pasti sesebuah kenderaan, alamat IP digunakan untuk mengenal pasti dan mencari maklumat secara dalam talian. Sebagai tambahan, ia membenarkan komunikasi melalui internet berlaku antara peranti dan rangkaian yang bersambung ke Internet.
Apakah 'www' sebelum nama domain saya?
Alamat www sebelum nama domain adalah subdomain, bukan sebahagian daripada nama domain tersebut. Justeru, jika anda sediakan www anda CNAME merekod untuk menunjukkan rekod primer A anda, tapak anda akan membuat ketetapan di kedua-dua www.coolexample.com dan coolexample.com.
Jika anda boleh mencapai laman web anda dengan menaip domain anda tanpa www tetapi tidak dapat mencapainya bila anda masukkan www, kemudian ada kemungkinan tetapan CNAME anda tidak betul. Ikut arahan di bawah untuk memastikan tetapan nama domain anda adalah betul.
Bagaimana domain bekerja?
Apabila pelawat memasukkan nama domain anda ke dalam pelayar Web, pelayar tersebut menggunakan nama domain anda untuk mencari alamat IP yang berkaitan dengan nama domain tersebut dan dengan itu, laman web. Orang menggunakan nama domain dan bukannya alamat IP kerana ia lebih mudah untuk diingati berbanding dengan jujukan nombor.
Nama domain anda dan alamat IP yang berkaitan disimpan di dalam pangkalan data bersama dengan semua domain lain dan alamat IP berkaitan yang boleh dicapai melalui Internet.
Apakah itu URL?
URL atau Uniform Resource Locator, merupakan alamat tapak sesawang atau laman sesawang Internet. Bayangkan URL sebagai alamat jalan bagi lokasi maklumat di dalam Internet. Sebagai contoh, URL lengkap seperti http://coolexample.com/music, menunjukkan kepada anda laman muzik yang terdapat pada laman sesawang coolexample.com.
Lihat kepada anatomi URL ini untuk lebih memahami bagaimana ia membawa pengguna dalam talian kepada maklumat yang tertentu: http://coolexample.com/funky/music.html
http:// = protocol
coolexample = nama domain
.com =TLD
/funky/music.html = laluan
/funky/ = direktori
/music.html = nama fail
Apakah itu pelayan nama?
Pelayan nama adalah bersamaan dengan buku telefon Internet. Sebuah pelayan nama menyimpan satu direktori nama domain yang mempunyai alamat IP yang berkaitan (komputer) Maklumat daripada pelayan nama merentasi Internet dikumpulkan di dalam satu daftar berpusat.
Pelayan Nama membolehkan pelawat mencapai tapak web anda menggunakan nama domain yang biasa tanpa perlu mengingati satu jujukan nombor.
Apa yang perlu saya lakukan dengan domain saya setelah didaftarkan?
Pendaftaran nama domain tidak mengaktifkan sesebuah tapak web secara automatik yang memberi paparan apabila pelawat memasukkan nama domain anda pada pelayar web. Nama domain tersebut mesti mempunyai tapak web yang dihoskan yang mempunyai alamat berangka yang dipanggil alamat IP, bagi membolehkan pelawat mencapai tapak web anda menggunakan nama domain.
Selain daripada membangunkan tapak web, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan dengan nama domain anda setelah anda mendaftarkannya.
- Jualkannya — Nama domain dapat menjadi pelaburan lumayan. Jika anda telah mendaftarkan nama domain yang tidak digunakan, mungkin orang lain boleh menggunakannya. Anda boleh membuat satu laman terparkir Untuk Jualan bagi memberitahu pelawat bahawa ia tersedia — dan jangan lupa untuk masukkan maklumat hubungan anda. Lihat What is the domain aftermarket? untuk maklumat lanjut.
- Lindungi jenama anda secara atas talian — Lebih banyak domain yang anda daftarkan adalah lebih baik. Halang pihak lain daripada mendaftar nama domain yang serupa dengan nama domain anda. Nama domain yang serupa ini boleh mencuri pelanggan anda atau mengelirukan mereka. Apa yang anda boleh lakukan dengan kesemua nama domain ini? Rujuk mereka kepada laman web nama domain utama anda. Lihat Manually Forwarding or Masking Your Domain Name untuk maklumat lanjut.
- Pegangkan ia — Mungkin anda belum membuat keputusan tentang apa yang anda akan lakukan dengan nama domain baharu anda. Jangan bimbang — tidak perlu terburu-buru. Anda boleh biarkannya terparkir dengan kami selama anda berdaftar dengan kami.
Kenapa saya perlu mendaftar lebih daripada satu nama domain?
Jika anda terfikir untuk mendaftar lebih daripada satu nama domain, anda telah mendapat idea yang betul. Mendaftar dan menggunakan berbilang nama domain adalah baik untuk membangunkan perniagaan anda, melindungi jenama anda, dan mencipta identiti atas talian yang dinamik.
Sekiranya anda mendaftar berbilang nama domain, anda boleh:
- Menghalang pesaing anda daripada mendaftar nama domain yang serupa yang akan menarik pelanggan kepada mereka dan bukannya kepada anda.
- Promosikan pelbagai produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan
- Dorong lebih trafik ke laman sesawang anda
- Nikmati lebih peluang untuk pasarkan kepada — dan disenaraikan dalam — enjin-enjin carian
- Cipta strategi pengiklanan yang berlainan untuk mencapai sasaran pasaran yang berbeza
- Sediakan pelanggan lebih cara untuk menemui laman sesawang anda semasa mencari maklumat di Internet
- Tangkap kesalahan ejaan biasa dalam nama domain anda, dan bukannya menghantar pelawat kepada laman yang salah
- Lindungi jenama dan identiti atas talian anda
Bilakah saya boleh mendaftarkan nama domain yang telah tamat tempoh?
Biasanya, nama domain adalah tidak tersedia untuk pendaftaran semula sebaik sahaja nama tersebut tamat tempoh. Kebanyakan pendaftar membenarkan tempoh tangguh yang boleh jadi sesingkat satu atau dua minggu atau sepanjang satu tahun bagi pendaftar membaharui nama domain yang telah tamat tempoh. Tempoh tangguh sebenar mungkin berbeza bagi setiap pendaftar dan lanjutan nama domain. Iaitu, tempoh tangguh bagi nama domain .com mungkin berbeza daripada tempoh tangguh bagi satu nama domain .us, walaupun pada pendaftar yang sama.
Selepas tempoh tangguh pendaftar, kebanyakan nama domain mempunyai tempoh penebusan. Tempoh ini boleh bertahan bermula daripada dua minggu sehingga kepada 30 hari, dan sepanjang tempoh ini, pendaftar sekarang boleh membaharui nama domain dengan membayar yuran tebus semula berserta dengan yuran pembaharuan semula nama domain.
Sekiranya pendaftar sekarang tidak membaharui atau menebus semula nama domain, nama tersebut mungkin akan dilelong. Apabila sesuatu nama domain dibuka kepada lelongan umum, anda boleh mengambil bahagian dan boleh mendapatkan nama domain tersebut dengan meletakkan bidaan untuknya.
Sekiranya nama domain tersebut tidak diperbaharui, ditebus semula, atau dibeli melalui lelongan, nama domain tersebut akan dikembalikan kepada pendaftaran. Pendaftaran tersebut menentukan bila nama domain akan diumumkan semula untuk pendaftaran. Apabila nama tersebut diumumkan, anda boleh mendaftar nama domain tersebut melalui kami.
Nota: Pendaftar boleh memperbaharui nama domain yang telah tamat tempoh tanpa kos tambahan sehingga hari ke-18. Sekiranya mereka membaharui nama domain yang telah tamat tempoh pada bila-bila masa antara hari ke 19 dan hari ke 42, mereka hendaklah membayar yuran penebusan sebanyak $80.00. Nama domain tidak boleh diperbaharui selepas hari ke-42.