Menguruskan Nama Domain Dengan DNS Luar Tapak
Jika anda mendaftar nama domain anda dengan pendaftar lain, anda masih boleh mengurus rekod fail zonnya bersama kami dengan menggunakan DNS Luar Tapak.
Dalam Pengurus DNS, anda boleh menambah ataupun membatal DNS Luar Tapak untuk nama domain. Selepas itu, anda boleh menguruskan rekod fail zonnya di Penyunting Fail Zon.
DNS Luar Tapak tidak menyokong Nama Domain Bersifat Antarabangsa (IDNs).
PETUA: Jika anda rancangkan untuk memindah pendaftaran nama domain kepada kami, anda boleh menyimpan fail zon dengan menambahkan DNS Luar Tapak untuk nama domain sebelum memulakan pemindahan. Lihat bahagian Tambahkan DNS Luar Tapak untuk Nama Domain di bawah untuk maklumat. Untuk maklumat lanjut mengenai pemindahan nama domain kepada kami, lihat Memindahkan Nama Domain kepada Kami.
Menambah DNS Luar-tapak untuk Nama Domain
Bagi menguruskan DNS untuk nama domain luar tapak, anda mesti menambahkannya ke Papan Pemuka DNS dan kemudian tukarkan namapelayan anda di pendaftar semasa anda.
Untuk Menambah DNS Luar Tapak untuk satu Nama Domain
- Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
- Sebelah Domain, klik Lancar.
- Klik Lebih, dan kemudian pilih Tambah Luar-tapak.
- Di medan Nama domain, masukkan nama domain yang anda mahu untuk menguruskan DNS Luar Tapak.
- (Pilihan) Jika anda rancangkan untuk memindah pendaftaran nama domain kepada kami dan anda juga mahu memindah rekod DNS sedia ada, pilih Domain akan dipindahkan ... . Kami menggunakan fail zone ke atas nama domain selepas pemindahan. Jika tidak, jangan memilih pilihan ini.
- Klik OK. Nama domain dipaparkan dalam senarai Domain bersama (Luar Tapak) di sebelahnya.
NOTA: Jika nama domain anda tidak dipaparkan, klik segarkan semula senarai.
- Hubungi pendaftar semasa anda untuk menaikkan taraf namapelayan anda kepada berikut:
DNS Piawai
mns01.domaincontrol.com
mns02.domaincontrol.comDNS Premium
Anda boleh mencari namapelayan DNS Premium nama domain anda di dalam Penyunting Fail Zon. Untuk mengakses Penyunting Fail Zon dari Papan Pemuka DNS Premium, klik Sunting Zon untuk nama domain yang anda mahu lihat dan kemudian pergi bahagian NS (Namapelayan). Namapelayan anda akan berada di dalam julat ini:
[pdns01-pdns13].domaincontrol.com
[pdns02-pdns14].domaincontrol.comNOTA: Namapelayan yang digunakan berturutan pasangan ganjil dan genap, maka PDNS01.DOMAINCONTROL.COM bekerja dengan PDNS02.DOMAINCONTROL.COM, manakala PDNS12.DOMAINCONTROL.COM tidak akan bekerja dengan PDNS13.DOMAINCONTROL.COM.
Selepas mengemas kini namapelayan anda, biarkan 4 hingga 8 jam untuk rangkaian lain mencapai maklumat nama domain pada .com dan .net, serta biarkan 24 hingga 48 jam untuk rangkaian lain mencapai maklumat bagi kesemua sambungan domain. Jika anda menghadapi kesukaran, hubungi pasukan sokongan teknikal kami 24/7 untuk bantuan.
Mengakses Suntingan Fail Zon untuk Nama Domain dengan DNS Luar-tapak
Selepas anda menambah DNS Luar-tapak untuk nama domain, anda boleh menambah, menyunting, atau memadamkan rekod fail zon di dalam Suntingan Fail Zon. Untuk maklumat lanjut berkaitan tentang bekerja dengan rekod spesifik, lihat Menguruskan DNS bagi Nama Domain Anda.
Untuk Mengakses ke Zon Fail Suntingan bagi Nama Domain dengan DNS Luar-Tapak
- Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
- Sebelah Domain, klik Lancar.
- Klik nama domain yang anda hendak bekerja, dan kemudian klik Fail Zon DNS tab.
Membatalkan DNS Luar-tapak untuk Nama Domain
Pada Papan Pemuka DNS, anda boleh batalkan DNS Luar-tapak untuk nama domain.
Untuk Membatalkan DNS Luar-tapak bagi Nama Domain
- Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
- Sebelah Domain, klik Lancar.
- Daripada DNS menu di atas. pilih Pengurus DNS.
- Pilih Nama Domain yang hendak batalkan di DNS Luar-tapak untuk.
- Daripada Luar-tapak menu, pilih Batalkan Luar-tapak.
- Pilih Adakah anda pasti ... , dan kemudian klik OK.
- Klik OK.