Memindahkan Nama Domain Kepada Kami
Anda boleh menggunakan arahan-arahan ini untuk memindahkan nama domain daripada pendaftar semasa anda kepada kami.
Sebelum anda boleh mengesahkan pemindahan nama domain dari pendaftar lain kepada kami, anda mesti meyediakan nama domain dan membeli pemindahan itu. Untuk maklumat lanjut, lihat Bersedia Memindahkan Nama Domain Anda kepada Kami.
Peraturan ICANN melarang pemindahan nama domain yang telah berdaftar ataupun dipindah dalam tempoh 60 hari yang lepas. Untuk maklumat lanjut, klik sini.
Jika anda telah membeli pemindahan nama domain .uk, .ca, .eu, .es, ataupun .se, lihat artikel berkenaan untuk arahan tambahan pemindahan:
- About .uk Domain Names
- About .ca Domain Names
- Transferring .eu Domain Names to Us
- About .es Domain Names
- About .se Domain Names
- Transferring .au Domain Names to Us
NOTA: Bagi kebanyakkan sambungan nama domain, pemindahan antara pendaftar mengambil tempoh lima hingga tujuh hari dari masa anda mengesahkannya. Proses dan masa diperlukan untuk pelengkapan pemindahan boleh berbeza untuk sambungan tertentu, seperti nama domain kod negara peringkat tertinggi (ccTLDs). Untuk maklumat lanjut, lihat About ccTLDs (Country-Code Domain Names) dan kemudian klik artikel Bantuan untuk penyambungan anda.
Membenarkan Nama Domain Dipindahkan kepada Kami
Semasa anda melengkapkan langkah-langkah ini, anda sahkan kami untuk melengkapkan proses pemindahan nama domain.
Untuk Sahkan Pemindahan Nama Domain kepada Kami
- Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
- Sebelah Domain, klik Lancar.
- Dari menu Domain, pilih Pemindahan.
- Klik Sahkan pemindahan.
- Klik Tambah sekarang.
- Dalam medan ID Transaksi dan Kod Keselamatan, masukkan ID pemindahan yang telah kami e-melkan kepada alamat e-mel kenalan pentadbiran (pentadbir) dan kemudian klik Tambah. (Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar ID pemindahan dan e-mel pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar seperti yang dipaparkan dalam pangkalan data Whois.)
NOTA: Jika anda tidak menerima ID pemindahan, lihat How do I resend the transfer IDs to my updated admin email address?
- Lakukan salah satu daripada berikut:
- Pilih tab Asas dan kemudian masukkan Kod Pengesahan dari daftaran semasa (jika berkenaan) dalam medan di sebelah nama domain anda.
- Pilih tab Lanjutan dan kemudian masukkan satu nama domain dan kod pengesahannya di setiap baris. Asingkan setiap nama domain daripada kod pengesahannya dengan satu koma, ruang ataupun tab.
NOTA: Jika anda tidak mempunyai kod pengesahan, lihat How do I get an authorization code to transfer my domain name to you? Sesetengah sambungan nama domain tidak memerlukan kod pengesahan.
- Pilih Saya sahkan pemindahan... dan kemudian klik Selesai.
- Klik OK.
NOTA: Jika butang Lancar tidak dipaparkan untuk anda, dari menu Produk > Domain, pilih Nama domain Saya.
NOTA: Bagi kebanyakkan sambungan nama domain, pemindahan antara pendaftar mengambil tempoh lima hingga tujuh hari dari masa anda mengesahkannya. Proses dan masa diperlukan untuk pelengkapan pemindahan boleh berbeza untuk sambungan tertentu, seperti nama domain kod negara peringkat tertinggi (ccTLDs). Untuk maklumat lanjut, lihat About ccTLDs (Country-Code Domain Names) dan kemudian klik artikel Bantuan untuk penyambungan anda.
Periksa Pemindahan Anda yang Dijalankan
Selepas anda mengesahkan pemindahan, kami menghantar permintaan kepada pendaftaran nama domain anda dan kemudian mereka memberitahu pendaftar semasa anda. Pendaftar semasa anda mungkin akan menghantar permintaan untuk kelulusan pemindahan kepada alamat e-mel pentadbir nama domain. Selepas itu, pendafatar semasa anda menghantar notis penerimaan ataupun penolakkan kepada pendaftaran dan kemudian pendaftaran memberitahu kami status pemindahan.
Dalam halaman Pemindahan Tergantung di Pengurus Domain, anda boleh menjejak kemajuan pemindahan anda.
Untuk Semak Kemajuan Pemindahan Anda
- Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
- Daripada menu Domain , pilih Nama Domain Saya.
- Daripada menu Domain , pilih Pemindahan. Dalam Grid Pemindahan Belum Selesai, kolum yang berikut memaparkan maklumat untuk setiap nama domain yang belum selesai dipindah:
- Status — Memaparkan status semasa nama domain di dalam proses pemindahan. Untuk maklumat lanjut mengenai pemindahan nama domain, gerakkan tetikus ke atas palang dijalankan, klik pada ikon ? , atau klik Tindakan Diperlukan atau pautan Ralat yang dipaparkan (jika berkenaan). Untuk maklumat lanjut mengenai status pemindahan nama domain, baca Understanding Pending Transfers in the Domain Manager dan Troubleshooting Domain Name Transfers to IX-ONE DOMAIN HOST.
- E-mel Admin — Memaparkan alamat e-mel admin yang berkaitan dengan nama domain pada masa ini. Ini adalah alamat e-mel di mana kami dan pendaftar semasa anda akan menghantar maklumat pemindahan penting. Untuk maklumat lanjut, baca How do I resend the transfer IDs to my updated admin email address?, Troubleshooting Domain Name Transfers to IX-ONE DOMAIN HOST, dan Understanding Pending Transfers in the Domain Manager.