Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Soalan Lazim Pemindahan Nama Domain

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:32 AM

Apa perbezaan di antara Penukaran dan Pemindahan Akaun?

Penukaran akaun nama domain memindahkan domain dari satu akaun ke akaun yang lain, dengan pendaftar yang sama. Pemindahan nama domain memindahkan nama domain dari satu pendaftar yang lain.

Bilakah untuk Menggunakan Pertukaran Akaun

Gunakan penukaran akaun mengikut keadaan-keadaan seperti berikut:

  • Anda mahu memindahkan nama domain anda ke akaun yang lain dengan pendaftar semasa anda. Sebagai contoh, anda menjual nama domain anda kepada seseorang yang mempunyai akaun dengan pendaftar semasa anda.
  • Anda perlu menukar alamat e-mel domain nama kenalan dan tidak dapat mengakses kepada akaun di mana domain itu berada. Sebagai contoh, akaun yang mengandungi nama domain milik pekerja dahulu.

Jika anda boleh akses akaun tersebut — Mulakan penukaran akaun nama domain melalui Pengurus Domain. Untuk maklumat lanjut, baca: Memindahkan Nama Domain Keluar daripada Akaun Anda.

Jika anda tiada akses ke akaun — Lengkapkan Borang Permintaan Tukar Akaun/Persediaan Kemas kini E-mel. Untuk maklumat lanjut, baca Submitting a Change of Account/Email Update Form.

Bila untuk Guna Pemindahan

Gunakan pemindahan nama domain dalam keadaan seperti berikut:

  • Anda telah menjual nama domain anda kepada orang lain yang menggunakan pendaftar yang berbeza.
  • Anda menukar pendaftar dan mahu memindahkan nama domain anda ke akaun dengan mereka.

Memindahkan nama domain mengambil masa sehingga tujuh hari.

Untuk memindahkan nama domain kepada kami dari pendaftar lain, mulakan proses di dalam akaun anda di sini. Untuk maklumat lanjut, baca Transfer domain to IX-ONE DOMAIN HOST.

Jika anda mahu memindah nama domain daripada kami ke pendaftar lain, proses tersebut bermula di pendaftar baharu itu. Baca Transferring Domain Names to Another Registrar untuk maklumat lanjut.

Apa saya perlu buat selepas saya menyelesaikan suatu ralat dengan pemindahan saya?

Selepas menyelesaikan sebarang masalah dengan pemindahan domain, anda perlu memulakannya semula (info lanjutan).

Bolehkah saya menghantar e-mel kod kebenaran untuk nama domain yang telah luput?

Ya. Jika anda ingin memindahkan nama domain yang sudah tamat tempoh kepada pendaftar yang lain, anda boleh menghantar kod kebenaran itu ke alamat e-mel kenalan (admin) pentadbiran selagi nama domain tamat tempoh tersebut masih berada dalam tempoh penangguhan pembaharuan. Setelah status menunjukkan bahawa nama domain berada di dalam penebusan pendaftaran, anda tidak boleh memindahkannya lagi. Baca Get an authorization code for transfers untuk arahan.

NOTA: Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar anda.

Bolehkah saya memindahkan nama domain yang sudah tamat tempoh?

Ya. Anda boleh memindahkan nama domain tamat tempoh jika ia masih dalam tempoh penangguhan pembaharuan pendaftar. Tempoh penangguhan pembaharuan berbeza mengikut pendaftar dan sambungan nama domain. Walau bagaimanapun, apabila status menunjukkan nama domain berada di dalam penebusan pendaftaran, anda tidak boleh memindahkannya lagi.

Apabila memindahkan nama domain dalam tempoh penangguhan pembaharuan, anda mempunyai dua pilihan:

  • Anda boleh memperbaharui nama domain anda, kemudian memulakan pemindahan itu dengan pendaftar baru anda.
  • Anda boleh mendapat kod kebenaran (jika diperlukan) untuk nama domain tamat tempoh, kemudian memulakan pemindahan itu dengan pendaftar baru anda.

Untuk Nama Domain yang Didaftar dengan Kami

Jika nama domain adalah didaftar dengan kami, anda boleh menggunakan Recovering Expired Domain Names untuk memperbaharui nama domain. Jika nama domain tidak disenaraikan di laman Domain Luput yang Didapati Semula, ia telah dimasukkan ke dalam penebusan pendaftar dan anda tidak boleh memperbaharuinya semula dan memindahkannya.

Anda juga boleh merujuk kepada Get an authorization code for transfers untuk mendapatkan kod kebenaran untuk pendaftar baharu anda.

Untuk Nama Domain yang Didaftar Di Tempat Lain

Jika nama domain anda telah didaftar di tempat yang lain, hubungi pendaftar semasa anda untuk arahan-arahan pembaharuan atau dapatkan kod kebenaran. Kemudian, mulakan pemindahan itu dengan kami. Untuk maklumat lanjut, baca Preparing to Transfer Domain Names to IX-ONE DOMAIN HOST dan Transfer domain to IX-ONE DOMAIN HOST.

Jika anda tidak memindahkan atau memperbaharui nama domain tamat tempoh anda dalam tempoh penangguhan pembaharuan, pendaftar semasa anda mungkin menyiarkan nama domain ini di akhir tempoh tangguh.

NOTA: Jika anda tidak memperbaharui nama domain anda sebelum tempoh tamat, anda menghadapi risiko kehilangannya kepada pendaftar lain.

Bagaimana saya boleh mendapatkan kod kebenaran untuk memindahkan nama domain saya kepada anda?

Jika anda memindahkan nama domain kepada kami, anda mungkin memerlukan kod kebenaran (juga dikenali sebagai kod EPP atau kunci pemindahan) dari pendaftar semasa anda.

Beberapa pendaftar memaparkan kod kebenaran dalam akaun anda dengan mereka, manakala yang lain menghantar e-mel atas permintaan untuk alamat e-mel kenalan pentadbiran untuk nama domain anda. Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar maklumat berkaitan pemindahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar anda.

Hubungi pendaftar semasa anda untuk mendapatkan kod kebenaran anda.

NOTA: Beberapa sambungan tambahan nama domain, terutamanya nama domain kod negara tahap tinggi (ccTLDs), tidak memerlukan kod kebenaran.

Untuk maklumat lanjut, baca Transfer domain to IX-ONE DOMAIN HOST.

Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai kod kebenaran saya untuk pemindahan saya?

Anda perlu mendapatkan kod kebenaran daripada pendaftar terdahulu. Jika anda belum lagi, jangan bimbang. Anda sentiasa boleh berikan kepada kami selepas anda menghantar permintaan untuk memindahkan. Untuk maklumat lanjut, baca Updating Missing or Inaccurate Authorization Codes.