Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Mendapatkan Semula Nombor Pelanggan Atau Menetapkan Semula Kata Laluan Anda

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:30 AM

Untuk mendaftar masuk ke dalam akaun anda, anda memerlukan nombor pelanggan dan kata laluan anda. Jika anda tidak dapat mengingati nombor pelanggan atau kata laluan anda, anda boleh menggunakan Bantuan Akaun untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk mengakses akaun anda. Anda boleh mengakses sistem dengan mengklik Daftar Masuk, dan kemudian Lupa kata laluan anda? pada halaman utama.

Daripada Bantuan Akaun, anda boleh menggunakan pilihan berikut:

  • Lihat pembayang kata laluan saya — Memaparkan pembayang kata laluan anda.
  • Tetap semula kata laluan saya — Menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel yang didaftarkan kepada akaun tersebut.
  • Dapatkan semula kata laluan saya — Menghantar nombor pelanggan kepada alamat e-mel yang didaftarkan kepada akaun tersebut.

Untuk Mendapatkan Semula Nombor Pelanggan Anda

  1. Daripada halaman log masuk akaun , klik Dapatkan Semula Kata Laluan Saya.
  2. Klik Dapat #Pelanggan.
  3. Lengkapkan yang berikut, dan klik Hantar:
    • Saya punya: Pilih jenis produk dalam akaun anda.
      Sebagai contoh, Nama Domain.
    • adalah: Masukkan nama domain atau maklumat kegunaan jenis produk tersebut.
      Sebagai contoh, coolexample.com.
    • Alamat e-mel pada fail: Masukkan alamat e-mel pada akaun anda.
    • Masukkan kod akses keselamatan yang dipaparkan.

Kami menghantar mesej yang mengandungi nombor pelanggan anda dalam alamat e-mel yang telah didaftarkan kepada akaun anda.

Untuk Mendapatkan Semula Pembayang Kata Laluan Anda

  1. Daripada halaman log masuk akaun , klik Dapatkan Semula Kata Laluan Saya.
  2. Klik Lihat pembayang kata laluan saya.
  3. Lengkapkan yang berikut, dan klik Hantar:
    • Nama pengguna / #Pelanggan — Masukkan nama pengguna atau nombor pelanggan anda.
    • Alamat jalan pada fail — Masukkan alamat jalan sebagaiman yang terdapat dalam akaun anda.
    • Masukkan kod akses keselamatan yang dipaparkan.

Untuk Menetapkan Semula Kata Laluan Anda

  1. Daripada halaman log masuk akaun , klik Dapatkan Semula Kata Laluan Saya.
  2. Pilih Tetap semula kata laluan saya.
  3. Masukkan Nama Pengguna / #Pelanggan anda, Alamat E-mel pada fail, dan kod akses keselamatan yang dipaparkan.
  4. Klik Serah.

Kami menghantar kod pengesahan untuk menetapkan semula kata laluan anda kepada alamat e-mel yang telah didaftarkan kepada akaun anda. Untuk meneruskan, ikut arahan dalam mesej e-mel.

NOTA: Kod pengesahan hanya sah untuk 2 jam dari masa ianya dihantar. Jika kod pengesahan telah luput, atau jika anda menggunakannya dan penetapan semula gagal, anda boleh mendapatkan kod baru untuk menetapkan semula kata laluan anda sekali lagi.