Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Memindahkan Nama Domain Keluar Daripada Akaun Anda

Print this Article
Recently Updated: July 23, 2015 1:54 PM

Jika anda ingin memindahkan nama domain daripada satu akaun yang bersama kami kepada yang lain, anda di tempat yang betul untuk memulakan — ianya dipanggil sebagai Pertukaran Akaun. Jika anda perlu memindahkan nama domain kepada pendaftar yang lain, lihat Memindah Nama Domain ke Pendaftar Lain.

Selepas anda menyiapkan langkah-langkah berikut, kami akan menghantar e-mel berkenaan arahan untuk mengesahkan pindahan ini kepada pemilik yang akan menerima akaun ini. Penerima mesti mengesahkan pindahan nama domain dalam masa 10 hari. Selepas masa itu, masa pindahan telah tamat dan anda mesti melakukan semula, Untuk arahan bagi mengesahkan pindahan nama domain, lihat Menerima Nama Domain ke dalam Akaun Anda.

NOTA: Nama domain mesti dalam status aktif untuk mengubah akaun. Perubahan akaun hanya boleh dilakukan selepas 5 hari bagi permulaan pendaftaran.

Untuk Memindahkan Nama Domain Keluar daripada Akaun Anda

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Sebelah Domain, klik Lancar.
  3. Pilih nama domain yang anda ingin pindahkan.
  4. Di bawah Selanjutnya, klik Mulakan Pertukaran Akaun.
  5. Masukkan Alamat e-mel pemilik itu.
  6. Jika anda tahu akan nombor pelanggan pemilik baru itu, pilih Saya mempunyai... dan masukkan maklumat log masuk akaun.

    NOTA: Jika anda tidak mengetahui akan maklumat log masuk pedaftar baru, tinggalkan medan ini kosong, dan pilih Masukkan butiran baru di langkah 7.

  7. Dalam maklumat hubungan domain, pilih salah satu daripada yang berikut:

    NOTA: # pelanggan atau nama log masuk bagi pedaftar baru mungkin diperlukan atau opsyenal bergantung kepada apa yang anda pilih di sini. Untuk Masukkan butiran baru, ianya opsyenal. Untuk semua pilihan lain, ianya diperlukan. Jika telah dimasukkan, nilainya mestilah sepadan dengan maklumat pada fail dalam akaun penerima.

    • Masukkan butiran baru — Masukkan maklumat hubungan untuk pedaftar baru.
    • Guna butiran daripada akaun pelanggan yang tertentu — Gunakan maklumat hubungan daripada akaun yang anda masukkan di langkah 6. (Ini tidak akan berkesan sehingga pelanggan tertentu telah menetapkan halaman tetapan mereka untuk menyertakan semua maklumat yang diperlukan.)
    • Jangan tukar — Kekalkan maklumat hubungan semasa yang ditetapkan pada nama domain yang anda pindahkan.

      NOTA: Jika anda memindahkan nama domain tahap tinggi kod negara (ccTLD), anda mungkin perlu memilih pilihan ini dan menyuruh pedaftar baru menghubungi bahagian sokongan kami untuk mengemas kini maklumat hubungan. Untuk maklumat lanjut, lawati About ccTLDs (Country-Code Domain Names).

  8. Pilih Kekalkan nama pelayan semasa untuk domain ini untuk mengekalkan nama pelayan semasa bagi nama domain ini. Jika anda tidak memilih pilihan ini, kami meletakkan nama domain ini apabila pedaftar baru mengaktifkannya dalam akaun baru.

    NOTA: Nama domain akan kehilangan sebarang DNS tersuai semasa ianya dipindahkan ke akaun baru.

  9. Klik Seterusnya.
  10. Jika anda memilih Masukkan butiran baru, lengkapkan yang berikut, dan klik Seterusnya:
    • Organisasi (Opsyenal) — Organisasi bersama pedaftar baru yang berkaitan dengannya, jika ada
    • Saya mengesahkan bahawa organisasi yang dinyatakan... (Opsyenal) — Menunjukkan anda bersetuju bahawa organisasi akan menjadi pedaftar yang sah
    • Nama pertama dan Nama akhir — Nama pertama dan akhir bagi pedaftar baru
    • Alamat 1 dan 2 — Alamat jalan pedaftar baru
    • Negara — Negara di mana pendaftar baharu tinggal
    • Bandar, Negeri, Poskod — Bandar, negeri dan poskod pendaftar baharu
    • Telefon — Nombor telefon pendaftar baharu
    • Faks (Opsyen) — Nombor faks pendaftar baharu

    NOTA: Kami memaparkan senarai perkhidmatan yang kami akan batalkan selepas anda memindahkan nama domain daripada akaun anda. Anda tidak boleh mematah balik pembatalan selepas anda bersetuju akan pindahan ini.

  11. Baca Perjanjian Pedaftar bagi Pertukaran Nama Domain, dan, jika anda bersetuju dengan syarat-syarat itu, pilih Saya telah membaca dan bersetuju dengan Pertukaran Nama Domain...

    NOTA: Apabila anda mengubah Organisasi atau Nama pertama atau Nama akhir (dalam ketiadaan entri Organisasi), anda mesti bersetuju untuk 60-hari penguncian untuk meneruskan. Jika anda mempunyai nama domain .au, penguncian 60-hari tidak akan dilakukan.

  12. Jika anda ingin memindahkan nama domain semasa tempoh 60-hari itu, anda perlu menolak Pertukaran Pedaftar dan memindahkan nama domain sebelum mengemas kini medan Organisasi, Nama pertama, atau Nama akhir. Jika tidak, pilih Saya faham jika saya ingin memindahkan domain ini....
  13. Klik Selesai.