Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Menetapkan Pelayan Anda

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:31 AM

Anda telah membeli pelayan — sekarang anda perlu menetapkannya, yang merangkumi perkara pentadbiran seperti nama pengguna dan kata laluan anda.

Untuk Menyediakan Pelayan Peribadi Maya (VPS)

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Klik Pelayan.
  3. Di sebelah akaun yang anda ingin gunakan, klik Lancar.
  4. Semak semula Perjanjian Lesen Pengguna Akhir dan klik Terima.
  5. Lengkapkan ruangan berikut:
    • Masukkan Nama Pelayan — Nama pelayan (juga dikenali sebagai nama akaun anda) dapat membantu untuk mengenal pasti akaun ini pada senarai akaun anda.
    • Pilih Sistem Pengendalian — Pilih sistem pengendalian yang anda ingin jalankan pada pelayan.
    • Tetapkan Perlindungan Lebihan — Perlindungan Lebihan Lebar Jalur melindungi anda daripada bayaran lebihan lebar jalur yang mahal dengan menggantungkan akaun anda secara automatik apabila lebar jalur yang telah melebihi peruntukkan. Akaun anda yang digantung akan diaktifkan semula pada permulaan kitaran pengebilan yang seterusnya atau apabila lebar jalur tambahan dibeli.
    • Masukkan Nama Pengguna — Nama pengguna yang dicipta di sini adalah nama yang anda gunakan untuk melog masuk ke dalam pelayan anda. Pada pelayan Linux® anda tidak boleh melog masuk ke dalam pelayan sebagai "akar". Jika anda memerlukan akses akar, lihat Menukar kepada pengguna Akar pada Pelayan Linux Anda.
    • Masukkan Kata Laluan Baru — Gunakan kata laluan ini semasa anda mengakses pelayan anda menggunakan Nama Pengguna atau semasa menggunakan akses akar.
    • Sahkan Kata Laluan Baru — Sahkan Kata Laluan Baru.
  6. Klik Teruskan.
  7. Sahkan tetapan anda dan klik Hantar.

Jika anda telah membeli Sandaran FTP dengan pelayan anda, lengkapkan medan Maklumat Log Masuk Sandaran FTP:

  • Nama Pengguna FTP — Nama pengguna digunakan untuk mengakses akaun Sandaran FTP anda daripada pelayan anda.
  • Kata Laluan FTP — Gunakan kata laluan ini semasa anda mengakses akaun Sandaran FTP anda daripada pelayan anda yang menggunakan Nama Pengguna FTP ini.
  • Sahkan Kata Laluan FTP — Sahkan Kata Laluan

Sebaik sahaja anda mengklik Serah, pelayan persendirian maya anda boleh digunakan lebih kurang 5 jam. Kami akan menghantar e-mel kepada anda sebaik sahaja ianya bersedia untuk digunakan.