Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Memperbaharui Nama Domain Anda

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:30 AM

Dalam Pengurus Domain, anda boleh menetapkan nama domain anda untuk diperbaharui secara automatik atau anda boleh memperbaharuinya secara manual.

Anda juga boleh menetapkan nama domain anda untuk mengekalkan panjang pendaftaran khusus dengan Pembaharuan Auto Lanjutan.

Untuk Memperbaharui Nama Domain Anda

  1. Log masuk Pengurus Akaun anda.
  2. Seterusnya ke Domain, klik Lancarkan.
  3. Daripada tab Domain, klik Domain Luput.
  4. Pilih domain yang anda ingin perbaharui dan klik Perbaharui.

Anda boleh mengubah pilihan pembaharuan automatik untuk nama domain pada bila-bila masa. Anda boleh menetapkan nama domain anda untuk diperbaharui secara automatik setelah tamat tempoh adan anda boleh memperbaharui mereka secara manual sebelum tarikh luput mereka.

Jika anda menetap nama domain anda ke pembaharuan auto, kami akan cuba untuk memperbaharuinya dan mengebil kad kredit anda jika pembaharuan itu berjaya.

Untuk Mengubah Pilihan Pembaharuan Automatik untuk Nama Domain Anda

  1. Log masuk Pengurus Akaun anda.
  2. Seterusnya ke Domain, klik Lancarkan.
  3. Pilih nama-nama domain yang anda mahu ubahsuai.
  4. Daripada menu Pembaharuan, pilih Urus Tetapan Pembaharuan Auto.
  5. Pilih pilihan pembaharuan anda dan klik Simpan.