Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Bersedia Memindahkan Nama Domain Anda Kepada Kami

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:31 AM

Sebelum anda boleh membenarkan pemindahan nama domain dari lain pendaftar kepada kami, anda mesti menyediakan nama domain dan membeli pemindahan tersebut.

Peraturan-peraturan ICANN melarang memindahkan nama domain (kecuali .au) yang telah berdaftar sebelum ini atau dipindahkan dalam tempoh 60 hari yang lalu. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

Selepas anda melengkapkan artikel ini, baca Memindahkan Nama Domain kepada Kami untuk membenarkan pemindahan nama domain anda.

Untuk Bersedia Memindahkan Nama Domain Anda kepada Kami

  1. Pastikan bahawa hubungan pentadbiran (admin) untuk nama domain anda (hubungan pedaftar untuk nama domain .au) mempunyai alamat e-mel yang sah di dalam pangkalan data Whois. Kedua-dua pedaftar menggunakan alamat e-mel ini untuk menghantar maklumat penting mengenai pemindahan kepada anda.

    NOTA: Jika nama domain anda mempunyai pendaftaran persendirian, perkhidmatan yang menyembunyikan maklumat peribadi anda daripada orang awam, anda tidak boleh mengesahkan alamat e-mel admin anda di dalam pangkalan data Whois. Anda harus menghubungi pedaftar semasa anda untuk membatalkan pendaftaran peribadi, kemudian anda boleh mengemaskini alamat e-mel, jika diperlukan.

  2. Nyahkunci nama domain semasa anda di pendaftar semasa anda.
  3. Dapatkan kod pengesahan (juga dikenali sebagai kod atau kunci pemindahan EPP) daripada pendaftar semasa anda, jika diperlukan. Beberapa sambungan nama domain, biasanya nama domain tahap tinggi berkod negara (ccTLDs), tidak memerlukan kod pengesahan. Beberapa pendaftar memaparkan kod pengesahan di dalam akaun anda dengan mereka, sementara yang lain menghantar e-mel kepada alamat e-mel admin apabila diminta. Untuk maklumat lanjut, baca Bagaimanakah saya boleh mendapat kod pengesahan untuk memindahkan nama domain saya kepada anda?
  4. Beli pemindahan nama domain daripada laman web kami. Jika sambungan yang anda mahu pindahkan tidak disenaraikan anda tidak boleh memindahkan nama domain tersebut kepada kami. Kami menghantar sebuah e-mel kepada hubungan pentadbiran nama domain tersebut (admin) selepas anda membeli pemindahan. E-mel tersebut mengandungi ID pemindahan (ID transaksi dan kod keselamatan) yang diperlukan untuk membenarkan pemindahan dalam akaun anda ke kami.

Untuk langkah-langkah seterusnya, pastikan anda membaca bahagian Membenarkan Pemindahan Nama Domain kepada Kami dan Menyemak Pemindahan Anda yang Dijalankan di dalam artikel tersebut. Memindahkan Nama Domain kepada Kami.