Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Menguruskan Subdomain Akaun Pengehosan Anda

Print this Article
Last Updated: February 17, 2015 7:15 AM

Subdomain merupakan cara mudah untuk mencipta alamat Web yang mudah diingati untuk kawasan kandungan unik bagi laman anda. Sebagai contoh, anda boleh cipta subdomain bagi gambar pada laman anda yang dipanggil "pics" yang boleh dicapai melalui URL pics.example.com selain www.example.com/pics.

Untuk Menambahkan Subdomain

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Klik Pengehosan Web.
  3. Bersebelahan akaun pengehosan yang anda mahu guna, klik Lancar.
  4. Pada menu Lagi, pilih Domain Dihoskan.
  5. Pada lajur Nama Domain, klik nama domain yang hendak anda gunakan.
  6. Klik Tambahkan Subdomain.
  7. Masukkan satu subdomain atau berbilang subdomain dengan dipisahkan tanda koma.
  8. Pilih sama ada kandungan subdomain akan ditempatkan dalam folder dengan nama yang sama atau folder baru atau folder sedia ada.
  9. Klik OK.

Anda boleh juga Edit dan Alih keluar subdomain daripada halaman ini.