Frequently Asked Questions

Other Languages: Dansk Deutsch Ελληνικά English Español Suomi Filipino Français Indonesian Italiano Japanese Korean Bokmål Nederlands Polski Português - Brasil Português - Portugal Русский Svenska Thai Türkçe Українська Vietnamese Chinese Taiwan Chinese

Mendapatkan Kod Pengesahan Untuk Memindah Nama Domain Anda

Print this Article
Last Updated: February 18, 2015 11:30 AM

NOTA: Kami telah menyadayakan pendaftaran dan pemindahan baru .tc dan .vg kepada kami sehingga dberitahu kelak. Kami akan menghidupkan semula perkhidmatan ini apabila kami menyelesaikan masalah rakan kongsi pendaftaran kami. Pembaharuan dan pemindahan jauh tidak terjejas.

Sesetengah pendaftar nama domain menetapkan kod pengesahan (juga dikenali sebagai kod EPP ataupun kekunci pindahan) ke nama domain semasa anda mendaftar mereka. Kod pengesahan adalah unik dan membekalkan satu tahap keselamatan tambahan, melindungi nama domain daripada pemindahan yang tidak sah.

Semasa anda mendaftar nama domain yang baru dengan kami, kami menyimpan kod pengesahan anda, jika berkenaan. Jika nama domain anda memerlukan kod pengesahan, anda mesti menggunakannya untuk memindah nama domain ke pendaftar lain.

Jika anda memerlukan kod pengesahan untuk memindah nama domain anda, lihat Bagaimanakah saya boleh mendapat kod pengesahan untuk memindahkan nama domain saya kepada anda?

Mendapatkan Kod Pengesahan melalui E-mel (Nama Domain Aktif)

Untuk kebanyakkan nama domain, kami boleh menghantar kod pengesahan terus kepada alamat e-mel kenalan pentadbiran (pentadbir). Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar seperti yang dipaparkan dalam pangkalan data Whois. Untuk mendapatkan alamat e-mel itu, lihat Update contact information .

Untuk Mendapatkan Kod Pengesahan melalui E-mel (Nama Domain Aktif)

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Sebelah Domain, klik Lancar.
  3. Klik nama domain.
  4. Di bahagian bawah halaman, dalam bahagian Kod Pengesahan, klik E-mel kod saya.
  5. Klik Hantar.

Mendapatkan Kod Pengesahan melalui E-mel (Nama Domain Lupus)

Jika nama domain anda telah tamat tempoh tetapi masih berada dalam status boleh diperolehi semula, kami boleh menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pentadbiran (pentadbir) untuk nama domain. Jika anda mempunyai nama domain .au, kami akan menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar seperti yang dipaparkan dalam pangkalan data Whois. Untuk mengemas kini alamat e-mel, anda mesti mendapat semula nama domain dahulu. Untuk maklumat lanjut, lihat Recovering Expired Domain Names dan Update contact information.

Untuk Mendapatkan Kod Pengesahan melalui E-mel (Nama Domain Lupus)

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Sebelah Domain, klik Lancar.
  3. Dari menu Domain, pilih Domain lupus.
  4. Pilih nama domain untuk menghantar e-mel kod pengesahan, klik Pengesahan E-mel dan kemudian klik OK. Kami menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel pentadbir untuk nama domain.

Mendapatkan Kod Pengesahan melalui Muat Turun

Sesetengah pendaftaran nama domain memerlukan kod pengesahan untuk pemindahan, tetapi kami tidak boleh menghantar kod tersebut melalui e-mel. Jika pengecualian jarang ini berlaku, anda boleh cipta dan muat turun fail yang mengandungi kod pengesahan itu. Lihat Downloading Exportable Lists in the Domain Manager untuk maklumat lanjut.

Untuk Mendapatkan Kod Pengesahan melalui Muat Turun

  1. Log masuk ke dalam Pengurus Akaunanda.
  2. Sebelah Domain, klik Lancar.
  3. Pilih domain anda. Dari menu Lebih, pilih Senarai eksport.
  4. Namakan senarai anda. Selepas itu, untuk Pilih jenis senarai, pilih Semua Domain Saya.
  5. Klik Seterusnya.
  6. Pilih ruangan data anda, termasuk Kod Pengesahan dan kemudian klik Seterusnya.
  7. Lakukan yang berikut dan kemudian klik Selesai:
    • Pilih jenis fail — Pilih jenis fail yang anda hendak mengeksport: CSV (Nilai Diasingkan Koma) or XML (Bahasa Bertanda Boleh Perluas).
    • Pilih Pemampatan — Pilih GZ untuk mencipta fail dalam format mampat. Jika tidak, pilih Tiada.

Mendapatkan Kod Pengesahan untuk ccTLD

Nama domain kod negara peringkat tertinggi (ccTLDs) dalam jadual di bawah mempunyai keperluan pengesahan yang unik.

ccTLD Penerangan
.am

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .am Domain Names.

.at

Semasa proses pemindahan bermula, daftaran menghantar satu mesej kepada alamat e-mel kenalan pendaftar untuk meminta pengesahan pemidahan. Jika anda tidak mengesahkan pemindahan dalam tempoh 21 hari, pemindahan itu gagal. Untuk maklumat lanjut, lihat About .at Domain Names.

.au

Kami menghantar ID pemindahan dan e-mel pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar seperti yang dipaparkan dalam pangkalan data Whois. Untuk maklumat lanjut, lihat About .au Domain Names.

.be

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .be Domain Names.

.br

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .br Domain Names.

.de

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .de Domain Names.

.es

Kod pengesahan tidak diperlukan. Admin-C (PCA) menerima e-mel dengan pautan lulus dan gagal dan mempunyai 10 hari untuk meluluskan ataupun mengagalkan pemindahan. Pemindahan selesai sebaik sahaja Admin-C meluluskannya. Untuk maklumat lanjut, lihat About .es Domain Names.

.eu

Semasa anda membeli pemindahan nama domain .eu, kami menghantar permintaan kepada EURid dan kemudian ia menghantar kod pengesahan kepada alamat e-mel kenalan pendaftar. Anda boleh menggunakan kod pengesahan anda dalam tempoh 24 hingga 48 jam untuk mencepatkan pemindahan. Untuk maklumat lanjut, lihat Transferring .eu Domain Names to Us.

.fm

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .fm Domain Names.

.fr

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .fr Domain Names.

.it

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .it Domain Names.

.nl

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .nl Domain Names.

.nu

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .nu Domain Names.

.nz

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .nz Domain Names.

.tc

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .tc Domain Names.

.tk

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .tk Domain Names.

.uk

Hubungi pasukan sokongan kami untuk meminta pemindahan dan memberi kami nama IPS Tag pendaftar baru anda. Untuk maklumat lanjut, lihat About .uk Domain Names.

.vg

Hubungi pasukan sokongan kami untuk mendapatkan kod pengesahan. Untuk maklumat lanjut, lihat About .vg Domain Names.